SING ME A RAINBOW


don't
be shy
to follow
my
blog


❤HUSNA hasrudin❤
❝welcome to my blog❞

►warning : ini zon senyap◄





May 29, 2016

My thoughts

Baik. Mungkin ni agak offensive sikit tapi aku tetap nak luahkan apa yang aku rasa. pasal;
KAWIN.
Agak la kan.. Apa yang kita rasa bila dengar "eh umur baru 19 dah kawin" eh sweetnya kawin awal" "kawin awal dapat elak zina" bla blaa.. Lagi-lagi bila umur yang baru masuk 20an ni.. Hormon gatal tu menjadi-jadi.
Memang.
Bila aku sendiri dengar pon rasa macam best gila kawin awal lagi-lagi kalau orang tu tengah couple ke ataupun crushing on someone. Lek ahh.. Sapa je tak suka bila dapat kawin dengan orang yang kita nak, kan?
Tapi kan..
Memang la best kawin. Memangla dapat elak maksiat semua tu tapi betul ke kita dah sedia? Betul ke jiwa raga zahir batin kita dah sedia? Aku selalu dengar orang-orang sekeliling aku ngeluh cakap "bila aku nak kawin" "makkkkk~nak kawinnnn sob sob". Aku fikir kan, betul ke dia dah sedia nak kawin? dah ready nak berpenat lelah semua? dah kuat untuk jadi ketua keluarga semua? tu baru tuntutan duniawi. tuntutan kita kepada Dia bila kita dah kawin semua tu dah ready? nak didik anak-anak semua.. Lagi aku tak puas hati kalau orang tu baru nak start future study..
Boleh..
Memang boleh.. aku salute gila orang yg dapat uruskan semua tanggungjawab dia dengan manage dia punya study. Fuhh~ Aku cuti sem yang 3 bulan ni pon duduk rumah sesaja kemas-kemas rumah dengan masak je pon dan penat gila bapak kot. Lpastu aku terfikir, ibu aku memang kuat nak jaga anak, nak kerja, jaga suami semua lagi-lagi masa anak-anak dia tengah kecil semua. Gigihnya seorang ibu tu tak ternilai. Balik kepada topik tadi kan, Tak salah pon nak kawin awal ke apa tapi kalau bilik sendiri yg duduk pon tak terurus tonggang-langgang semua, macam mana nak jaga orang lain punya pulak bila dah kawin nanti? Memang la sebelum kawin takda azam nak jadi rajin bagai lepastu cakap "ala nanti dah kawin aku rajinla nak buat itu semua" "maid kan ada" hahaha.. Lawak apakah ini. Kalau orang tu memang ada pendirian yang tinggi dan bersiplin, aku percaya kalau dia cakap macam tu.
Dan, untuk orang-orang yang dah selamat diijabkabulkan seawal usia belasan atau awal 20-an..tahniah. Tapi saya rasa simpanlah kemanisan anda berdua tu untuk kamu berdua sahaja. Lebih baik untuk tidak berkongsi di instagram twitter blablaa..
Memanglah secara tidak lansung anda dan merangsang anak-anak muda untuk kawin awal tapi yang anda paparkan adalah sekadar manisan. Nanti mesti orang yang tengok kemanisan pasangan yang kawin awal ni akan terfikir "ee~bestnya dah kawin..nak kawin muda jugak"..
Hahhh! nampak yang manis je.. yang pahitnya?
Masa nak future study tu, ada orang pesan, eloklah elakkan tiga benda ni; merokok, percintaan, lagi satu tak ingat apa dia. Yang sedang berasmara dana tu, pandai-pandailah jaga diri. Aku sedar aku pon tak betul sangat. Aku pon pernah lalui benda tu dan masa aku buat benda tu aku sedar apa yang kami buat tu salah tapi sebab couple ni jujur aku kata best sebab ada orang sayang kita tapi yang tak bestnya kita semakin lama kita terjebak dalam sesuatu yang sangat dekat dengan zina even bercakap dengan dia pon kalau kita ada perasaan yang something tu pon dah zina kan? Aku pon nak jugak kawin. Nak sangat tapi nantilah bila betul-betul kita dah bersedia, baru kita teruskan niat tu. Siapkan diri dengan menjadi muslim yang lebih baik sebab tanggunggjawab yang menanti selepas kita diijabkabulka sangat besar tanggungjawabnya..
Eloklah fikir baik-baik dan masak semasak masaknya dalam bab bab macam ni. Aku cakap apa yang aku fikir selama ni je dan aku cakap bukan untuk orang lain saja tapi untuk diri aku sendiri juga supaya aku sendiri sedar apa yang aku cakap ni.
Maaf.. Saya noob. Saya tidak arif dalam hal-hal begini, Tapi ini sekadar perkongsian yang lama nak diluahkan tapi tak kesampaian sebab takut ada yang terasa. Again, i'm sorry..