SING ME A RAINBOW


don't
be shy
to follow
my
blog


❤HUSNA hasrudin❤
❝welcome to my blog❞

►warning : ini zon senyap◄





July 31, 2014

Al-Fatihah untuknya~

Bismillah.. assalamualaikum..kali ini baru terasa ringan jari untuk menaip.
Sebelum tu masih belum terlambat utk ucapkan selamat hari raya kepada semua yg mengenali mahupun tidak mengenali diri ini. Sepuluh jari disusun memohon kemaafan andai ada silap dan salah yg terdahulu dan diharapkan ukhuwah fillah terus terjalin wa abdan. haha..
Raya tahun ni jujur aku cakap rasa sangat janggal disebabkan pemergian helmi. But life must go on. Kita sbg umat Islam diharamkan utk meratapi orang yang telah pergi.

Aku ingat lagi malam sebelum aku dapat tau yg adik aku pergi buat selama-lamanya, malam tu aku rase macam tak sedap hati dan aku rasa pada hari tu aku terlalu jahat dgn kawan-kawan aku. rasanya macammmm,,emmm...entahlah. Yang penting aku tau yg hari tu aku ade terkecilkan hati kawan-kawan aku dalam group whatsapp. Later i realized,'ish,aku macam jahat sangat je hari ni. Tapi rasa sakit hati dgn diorang pon ade jugak. Tapi aku tak tau kenapa aku sakit hati dgn diorang'. Nak senang cite masa hari tu,aku tetibe rasa menyampah dgn kawan-kawan aku. haha..ye aku tau aku teruk. Lepas tu aku rasa tak sedap hati dan aku rasa nak sangat sangat sangat minta maaf dgn diorang. kalau sebelum ni, memang takla aku minta maaf dgn diorang kalau aku rasa menyampah dgn diorang. haha..Then,dgn keadaan yg resah macam tu,aku pon minta maaf dgn semua kawan-kawan dlm group whatsapp tu..lpstu baru tenang hati aku.
SUBUH menjelma..ibu tetiba call. Aku mase tu buat-buat tak dengar. Lepas solat subuh, aku tengok fon ade banyak missed call dari ibu lpstu aku pon call la balik. 'Hello ibu, assalamualaikum, kenape call husna?'. 'waalaikumsalam. Along,ade berita ni. Semalam emi keluar bawa motor ayah lepastu accident. meninggal..'terus menangis ibu aku and same goes to me. Masa tu jugak aku decide utk balik rumah.
Bila sampai je rumah, aku ade lah rasa kecewa sebab tak dapat nak cium untuk kali terakhir adik aku tu.. Masa aku dah sampai rumah orang semua baru balik dari kebumi...Takpelah. aku redha

Aku ade juga rasa sikit terkilan bila ade orang post gambar arwah adik aku dalam instagram. Aku tau niat orang yg post tu baik tapi macam tak proper la..dahla gambar adik aku masih terbaring atas jalanraya lagi. tapi nasib baik orang tu dah delete.

Betul la orang cakap. Masa ada, kita sia-siakannya. Bila dah tiada, kita sebok mencarinya. Masa adik aku ada lagi, aku jaaaarang berbual dengan dia. Maklumlaa..aku ni kakak yang garang dalam adik-beradik aku dan selalu buat hal sendiri je. Ditambah lagi,aku ni cepat menyampah dengan orang tanpa sebab. Even aku macam tu, dalam diam aku kagum dengan adik aku. Aku tak  sangka yg dia jadi kapten bola sepak utk sekolah dia dulu. Aku tak sangka dia dapat keputusan cemerlang dlm PMR dia dulu sbb aku tgk dekat rumah dia asyik maiiinn je. Aku tak sangka dia pernah dicalonkan untuk jd wakil dalam penulisan karangan untuk sekolahnya. Banyak lagi yang aku tak sangka pasal dia dan bende-bende ni lah yg membuatkan aku kagum dgn helmi. Semoga tenang di sana muhd helmi... Along, ibu, ayah, adik-adik lain akan sentiasa doakan emi. Dulu kecik-kecik emilah geng along dan partner along untuk bergaduh. haha


1st time snap gambar berdua and i was very excited tapi hanya mampu teruja di dalam hati kerana ego membatasi segalaya..haha
dan inilah kali terakhir perjumpaan. 8 jun 2014. masa ni nak hantar aku masuk cfs iium.
tak sangka ini menjadi kenangan terakhir along dan emi...

Aku harap kawan-kawan aku semua tak jadi macam aku. Hargailah mereka semua sementara mereka masih ada dan paling penting,dengar cakap ibu ayah. kalau mereka kata jangan,maka janganlah. Ingat, Allah boleh bayar cash atas semua perbuatan kita.