SING ME A RAINBOW


don't
be shy
to follow
my
blog


❤HUSNA hasrudin❤
❝welcome to my blog❞

►warning : ini zon senyap◄





May 29, 2016

My thoughts

Baik. Mungkin ni agak offensive sikit tapi aku tetap nak luahkan apa yang aku rasa. pasal;
KAWIN.
Agak la kan.. Apa yang kita rasa bila dengar "eh umur baru 19 dah kawin" eh sweetnya kawin awal" "kawin awal dapat elak zina" bla blaa.. Lagi-lagi bila umur yang baru masuk 20an ni.. Hormon gatal tu menjadi-jadi.
Memang.
Bila aku sendiri dengar pon rasa macam best gila kawin awal lagi-lagi kalau orang tu tengah couple ke ataupun crushing on someone. Lek ahh.. Sapa je tak suka bila dapat kawin dengan orang yang kita nak, kan?
Tapi kan..
Memang la best kawin. Memangla dapat elak maksiat semua tu tapi betul ke kita dah sedia? Betul ke jiwa raga zahir batin kita dah sedia? Aku selalu dengar orang-orang sekeliling aku ngeluh cakap "bila aku nak kawin" "makkkkk~nak kawinnnn sob sob". Aku fikir kan, betul ke dia dah sedia nak kawin? dah ready nak berpenat lelah semua? dah kuat untuk jadi ketua keluarga semua? tu baru tuntutan duniawi. tuntutan kita kepada Dia bila kita dah kawin semua tu dah ready? nak didik anak-anak semua.. Lagi aku tak puas hati kalau orang tu baru nak start future study..
Boleh..
Memang boleh.. aku salute gila orang yg dapat uruskan semua tanggungjawab dia dengan manage dia punya study. Fuhh~ Aku cuti sem yang 3 bulan ni pon duduk rumah sesaja kemas-kemas rumah dengan masak je pon dan penat gila bapak kot. Lpastu aku terfikir, ibu aku memang kuat nak jaga anak, nak kerja, jaga suami semua lagi-lagi masa anak-anak dia tengah kecil semua. Gigihnya seorang ibu tu tak ternilai. Balik kepada topik tadi kan, Tak salah pon nak kawin awal ke apa tapi kalau bilik sendiri yg duduk pon tak terurus tonggang-langgang semua, macam mana nak jaga orang lain punya pulak bila dah kawin nanti? Memang la sebelum kawin takda azam nak jadi rajin bagai lepastu cakap "ala nanti dah kawin aku rajinla nak buat itu semua" "maid kan ada" hahaha.. Lawak apakah ini. Kalau orang tu memang ada pendirian yang tinggi dan bersiplin, aku percaya kalau dia cakap macam tu.
Dan, untuk orang-orang yang dah selamat diijabkabulkan seawal usia belasan atau awal 20-an..tahniah. Tapi saya rasa simpanlah kemanisan anda berdua tu untuk kamu berdua sahaja. Lebih baik untuk tidak berkongsi di instagram twitter blablaa..
Memanglah secara tidak lansung anda dan merangsang anak-anak muda untuk kawin awal tapi yang anda paparkan adalah sekadar manisan. Nanti mesti orang yang tengok kemanisan pasangan yang kawin awal ni akan terfikir "ee~bestnya dah kawin..nak kawin muda jugak"..
Hahhh! nampak yang manis je.. yang pahitnya?
Masa nak future study tu, ada orang pesan, eloklah elakkan tiga benda ni; merokok, percintaan, lagi satu tak ingat apa dia. Yang sedang berasmara dana tu, pandai-pandailah jaga diri. Aku sedar aku pon tak betul sangat. Aku pon pernah lalui benda tu dan masa aku buat benda tu aku sedar apa yang kami buat tu salah tapi sebab couple ni jujur aku kata best sebab ada orang sayang kita tapi yang tak bestnya kita semakin lama kita terjebak dalam sesuatu yang sangat dekat dengan zina even bercakap dengan dia pon kalau kita ada perasaan yang something tu pon dah zina kan? Aku pon nak jugak kawin. Nak sangat tapi nantilah bila betul-betul kita dah bersedia, baru kita teruskan niat tu. Siapkan diri dengan menjadi muslim yang lebih baik sebab tanggunggjawab yang menanti selepas kita diijabkabulka sangat besar tanggungjawabnya..
Eloklah fikir baik-baik dan masak semasak masaknya dalam bab bab macam ni. Aku cakap apa yang aku fikir selama ni je dan aku cakap bukan untuk orang lain saja tapi untuk diri aku sendiri juga supaya aku sendiri sedar apa yang aku cakap ni.
Maaf.. Saya noob. Saya tidak arif dalam hal-hal begini, Tapi ini sekadar perkongsian yang lama nak diluahkan tapi tak kesampaian sebab takut ada yang terasa. Again, i'm sorry..

July 31, 2014

Al-Fatihah untuknya~

Bismillah.. assalamualaikum..kali ini baru terasa ringan jari untuk menaip.
Sebelum tu masih belum terlambat utk ucapkan selamat hari raya kepada semua yg mengenali mahupun tidak mengenali diri ini. Sepuluh jari disusun memohon kemaafan andai ada silap dan salah yg terdahulu dan diharapkan ukhuwah fillah terus terjalin wa abdan. haha..
Raya tahun ni jujur aku cakap rasa sangat janggal disebabkan pemergian helmi. But life must go on. Kita sbg umat Islam diharamkan utk meratapi orang yang telah pergi.

Aku ingat lagi malam sebelum aku dapat tau yg adik aku pergi buat selama-lamanya, malam tu aku rase macam tak sedap hati dan aku rasa pada hari tu aku terlalu jahat dgn kawan-kawan aku. rasanya macammmm,,emmm...entahlah. Yang penting aku tau yg hari tu aku ade terkecilkan hati kawan-kawan aku dalam group whatsapp. Later i realized,'ish,aku macam jahat sangat je hari ni. Tapi rasa sakit hati dgn diorang pon ade jugak. Tapi aku tak tau kenapa aku sakit hati dgn diorang'. Nak senang cite masa hari tu,aku tetibe rasa menyampah dgn kawan-kawan aku. haha..ye aku tau aku teruk. Lepas tu aku rasa tak sedap hati dan aku rasa nak sangat sangat sangat minta maaf dgn diorang. kalau sebelum ni, memang takla aku minta maaf dgn diorang kalau aku rasa menyampah dgn diorang. haha..Then,dgn keadaan yg resah macam tu,aku pon minta maaf dgn semua kawan-kawan dlm group whatsapp tu..lpstu baru tenang hati aku.
SUBUH menjelma..ibu tetiba call. Aku mase tu buat-buat tak dengar. Lepas solat subuh, aku tengok fon ade banyak missed call dari ibu lpstu aku pon call la balik. 'Hello ibu, assalamualaikum, kenape call husna?'. 'waalaikumsalam. Along,ade berita ni. Semalam emi keluar bawa motor ayah lepastu accident. meninggal..'terus menangis ibu aku and same goes to me. Masa tu jugak aku decide utk balik rumah.
Bila sampai je rumah, aku ade lah rasa kecewa sebab tak dapat nak cium untuk kali terakhir adik aku tu.. Masa aku dah sampai rumah orang semua baru balik dari kebumi...Takpelah. aku redha

Aku ade juga rasa sikit terkilan bila ade orang post gambar arwah adik aku dalam instagram. Aku tau niat orang yg post tu baik tapi macam tak proper la..dahla gambar adik aku masih terbaring atas jalanraya lagi. tapi nasib baik orang tu dah delete.

Betul la orang cakap. Masa ada, kita sia-siakannya. Bila dah tiada, kita sebok mencarinya. Masa adik aku ada lagi, aku jaaaarang berbual dengan dia. Maklumlaa..aku ni kakak yang garang dalam adik-beradik aku dan selalu buat hal sendiri je. Ditambah lagi,aku ni cepat menyampah dengan orang tanpa sebab. Even aku macam tu, dalam diam aku kagum dengan adik aku. Aku tak  sangka yg dia jadi kapten bola sepak utk sekolah dia dulu. Aku tak sangka dia dapat keputusan cemerlang dlm PMR dia dulu sbb aku tgk dekat rumah dia asyik maiiinn je. Aku tak sangka dia pernah dicalonkan untuk jd wakil dalam penulisan karangan untuk sekolahnya. Banyak lagi yang aku tak sangka pasal dia dan bende-bende ni lah yg membuatkan aku kagum dgn helmi. Semoga tenang di sana muhd helmi... Along, ibu, ayah, adik-adik lain akan sentiasa doakan emi. Dulu kecik-kecik emilah geng along dan partner along untuk bergaduh. haha


1st time snap gambar berdua and i was very excited tapi hanya mampu teruja di dalam hati kerana ego membatasi segalaya..haha
dan inilah kali terakhir perjumpaan. 8 jun 2014. masa ni nak hantar aku masuk cfs iium.
tak sangka ini menjadi kenangan terakhir along dan emi...

Aku harap kawan-kawan aku semua tak jadi macam aku. Hargailah mereka semua sementara mereka masih ada dan paling penting,dengar cakap ibu ayah. kalau mereka kata jangan,maka janganlah. Ingat, Allah boleh bayar cash atas semua perbuatan kita.

April 30, 2014

zaman kanak-kanak

tetiba aku teringat zaman kanak-kanak aku dulu.time tu darjah satu dua gitu laa..zaman tu sume org tga sebok dok cite pasal gula2 hantu ni.. haha..mane taknye,bila makan rase mcm gempak gile sbb lidah akan jadi macam ni-------mane taknye,bila makan rase mcm gempak gile sbb lidah akan jadi macam ni-------


gempak kann??ala2 hantu gitu.thats why org panggil gula2 hantu.hahaha..siape pernah makan rase diri macam awesome gila tahap jemah lpstu show off kat kawan2 sambil ckp 'lidah aku ade warna'.haha




alkisah satu hari ni,aku nak beli gula2 ni kat rumah cik jemah(aku hembus je name) kat sebelah sekolah aku. lps tu aku tnye'ni berape?'dia jwb'satu 15 sen'.omgeeeeeeeeeeeeeee~15 sen tu macam mane??
makcik ni nak troll aku ke ape? lps tu i was decided xnak beli sbb aku xfaham dia cakap ape.nak tanye balik takut kena marah lpstu i pon bla dari situ.aku ade terfikir jugak makcik tu xbagi aku beli ke gula2 tu sbb tu dia buat cerita yg aku xfaham. hehhh

bila dekat sekolah aku nampak seorang kawan aku beli gula2 tu dgn bangganye.lpstu aku terfikir,'macam mane dia bole beli?pandainya dia.aku yg kelas 1st ni pon xpandai dan xtahu 15sen tu ape padahal dia kelas ketiga'.tetibe rase xpuas hati.haha..tu laa..sombong sgt aku ni mase tu.

bila dah 18 tahun ni, baru terfikir zaman kanak2 aku ni boleh dikatakan agak xpandai tahap jemah jugak. hahaha..

itu sahaja untuk post kali ini..sekian wasalam :) adioss